Badan Budaya UNIMAS atau lebih dikenali sebagai Bayu UNIMAS telah ditubuhkan pada tahun 1995 dibawah Unit Kebudayaan dan Kesenian, Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni. Dianggotai oleh hampir 100 orang ahli dari pelbagai jurusan. Bayu UNIMAS terbahagi kepada7 unit iaitu Bayu Tarian, Bayu Gamelan, Bayu Nasyid,Bayu Koir,Bayu Kugiran,Bayu Dikir Barat dan Bayu Drama dan Teater. Walaubagaimanapun Bayu Tarian lebih menonjol berbanding dengan unit lain. Bayu Tarian pernah memenangi pertandingan Peringkat Negeri Sarawak sebanyak 3 kali(2001,2003,dan 2005) dan juga menjadi johan pertandingan Festival Tari MAKUM 2001 dan 2003. Pada tahun 2006, Kumpulan Bayu telah dijemput untuk mengadakan persembahan di Turki. Jemputan tersebut merupakan satu perhargaan yang tidak ternilai kepada penari-penari dan juga pemuzik kerana secara tidak langsung, Bayu Tarian menjadi duta kecil Malaysia di Turki.